Haa..ni saya nk cakap ckit tentang alat tradisional yang digunakan oleh orang zaman dulu sebab saya nak bagitau coz alat ni dah lama saya tak tengok orang guna pada masa sekarang iaitu kukuran kelapa atau orang kelantan cakap koghe nyior,zaman kecik-kecik dulu saya pernah memarut kelapa mengunakan kukuran kelapa aduhh,lengah la tangan buat benda ni tapi best..alatan ni bukan digunakan untuk membuka tin susu sama sekali bukan untuk mengaru belakang anda yang gatal,tapi benda ni digunakan untuk memarut kelapa..orang dulu-dulu guna benda ni la nk parut kelapa untuk buat santan coz masa 2 mesin kelapa xde lagi time ni,bentuknya bergerigi tajam senang untuk mengikis kelapa menjadi halus..
Kukuran kelapa(koghe nyior)mungkin tak dapat dipisah oleh orang dulu kala dan ore lama bejame sebab kalau xde alatan ni tak dapat lah diorang nak masak lemak cili padi,sayur terung,pengat ubi dan segala jenis masakan yang menggunakan santan lah senang cerita..(banyak sangat)
Walaupun pada masa sekarang alatan ini kurang digunakan orang ramai kerana lebih menggunakan mesin sahaja,namun penggunaannya masih lagi diteruskan dikampung-kampung oleh orang-orang lama yang masih ada digenerasi kita..
Kukuran tradisional dibentuk daripada batang kayu supaya tempat duduk dan tempat untuk meletakkan besi mata kukur. Kemudian penciptaan kukuran berkembang di mana ianya dibuat daripada papan yang berbentuk empat segi dan membolehkan mata kukuran dibuka apabila hendak digunakan dan dilipat bila tidak digunakan lagi.